Sebelum ini pelakon cantik iaitu Intan Ladyana pernah membuat kenyataan
yang hubungannya bersama pelakon kacak Kamal Adli telah berakhir selepas
5 tahun menyulam kasih. Namun, perkara tersebut disambut dingin oleh
Kamal Adli yang memberitahu dia tidak pernah tahu mengenai perkara
tersebut dan akan berjumpa Intan bagi menyelesaikan hal tersebut secara
baik.
Kamal Adli jelas menunjukkan dia sebenarnya masih mempunyai perasaan terhadap Intan Ladyana apabila memuat naik gambar mereka bersama di laman sosial Instagram. Bukan itu saja, status tersebut turut menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat yang adakah mereka masih bersama ataupun tidak.
Dalam masa yang sama, Intan Ladyana turut memberi kenyataan balas yang dia tidak mungkin membuat keputusan tersebut secara sendirian tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak lelaki. Dalam kata lain, Kamal mungkin sedang di dalam proses memujuk aktres tersebut buat masa kini walaupun jelas di pihak perempuan sudah tidak mahu apa-apa perbincangan dilakukan bagi hubungan tersebut. Ini diterjemahkan apabila Intan secara spontan bergurau yang dia lega selepas ini kerana sudah tidak dikaitkan lagi dengan pelakon itu.