Kuala Lumpur: Tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook (FB),
Tenashar Low yang memuat naik status biadap dan keterlaluan apabila
secara terbuka menghina lagu Negaraku mengundang kemarahan orang ramai
dan kini menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Gadis terbabit yang dipercayai penuntut sebuah kolej di Subang Jaya
itu memuat naik status berkenaan selepas berang dengan berita dilaporkan
The Rakyat Post mengenai segelintir penonton tidak menghormati lagu
Negaraku yang dimainkan sebelum tayangan filem bermula di pawagam.
Antara kandungan statusnya itu adalah: “Kerajaan menganiaya saya setiap
hari, adakah sekarang mereka minta saya menghormati mereka dengan
berdiri semasa lagu (Negaraku) yang penuh penipuan dimainkan?
Sudahlah
saya membayar harga tiket (wayang) yang termasuk cukai A, cukai B dan
cukai C? Saya cuma ingin menikmati filem yang ditonton, kepada mereka
yang menyalahkan orang lain yang tidak berdiri, adakah anda fikir negara
melayan kit dengan baik? Bodoh.”
Untuk rekod, gadis itu menggunakan perkataan ‘threaten’ yang bermaksud mengancam tetapi dalam konteks itu, dia mungkin bermaksud ‘treat’ iaitu layan.
Untuk rekod, gadis itu menggunakan perkataan ‘threaten’ yang bermaksud mengancam tetapi dalam konteks itu, dia mungkin bermaksud ‘treat’ iaitu layan.
Dia juga memuat naik statusnya itu dengan merujuk artikel salah sebuah portal berita baru-baru ini sebagai kapsyen statusnya.