JOHOR BAHRU: Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang mengintai penyerang Sepanyol, Fernando Torres untuk bermain dengan pasukan itu bagi musim 2016.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata pihaknya ada menghubungi ejen bekas pemain Chelsea yang kini beraksi untuk kelab AC Milan itu, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan penyokong JDT, di sini, sebentar tadi.
Sebelum ini, JDT juga pernah dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat beberapa bintang seperti pemain Chelsea, Didier Drogba namun tidak menjadi kenyataan.
Begitupun, JDT pernah berjaya membawa masuk beberapa pemain import bertaraf bintang seperti Simone Del Nero, Daniel Guiza dan bintang Argentina, Pablo Aimar.