Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih mahu memberi
kepercayaan kepada jurulatih tempatan untuk membimbing skuad Harimau
Malaya apabila melantik Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih baru.
Keputusan itu dicapai hari ini menerusi Mesyuarat Exco FAM kali
pertama bagi penggal 2014-2018 yang dipengerusikan oleh Presiden Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Dollah, 50, bekas penyerang kebangsaan dan kini mengendalikan skuad
juara Liga Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditawarkan kontrak
selama dua tahun dengan kejohanan Piala AFF menjadi misi utama hujung
tahun ini.
Pemilihan Dollah itu mengetepikan dua calon import
dari Jerman Wolfgang Sidka dan Gert Engels serta pengendali sementara
skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang mengumumkan
keputusan itu berkata, pelantikan Dollah dibuat berdasarkan pengalaman
beliau sebagai pemain dan kejayaan sebagai jurulatih selepas menempa
beberapa kejayaan termasuk Piala Malaysia dengan tiga pasukan iaitu
Selangor MPPJ, Selangor dan Pahang.
Afandi menyatakan perbincangan akan diadakan dengan Dollah dalam masa terdekat bagi memuktamadkan perjanjian kontrak.

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

showtime 1958 kisah sebenar studio jalan ampas sin...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih