‘Saya bahagia sekarang’


Kuala Lumpur: “Apa yang dia katakan itu, itulah. Doakan yang terbaik,” kata pelakon Nad Zainal mengesahkan hubungannya barunya dengan pelakon Hefny Sahad yang diperkatakan kebelakangan ini.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, pengakuan Hefny dalam temu bual sebuah program televisyen kelmarin, dilakukan dengan persetujuan bersama.

“Dia ada hubungi saya dulu sebelum buka mulut. Memang benda itu betul cuma saya tak nak bagi komen lanjut buat masa ini,” katanya melalui WhatsApp di sini, petang semalam.

Nad membuat pengakuan itu susulan pendedahan Hefny ketika ditemubual program hiburan televisyen, kelmarin.

Hefny mengakui mereka kini intim dan ia lebih daripada hubungan kawan biasa.