Pelajar larikan dua beradik ditangkap


Puchong : Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima disyaki membawa lari sebuah kereta Proton Gen 2 bersama seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan bayi tiga bulan di Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Puchong itu ditahan di rumahnya 2.15 pagi hari ini.

Beliau berkata penahanan suspek adalah berdasarkan maklumat orang awam dan kanak-kanak sembilan tahun yang dibawa lari semalam.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik mangsa menemui sebilah pisau pemotong kertas dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa dan pakaian seragam sekolah, beg sandang, dompet jenama Levi's dan wang tunai berjumlah RM117.

Katanya, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, mangsa dan adiknya diarah turun di kawasan kilang di Taman Perindustrian Puchong selepas dilarikan sejauh hampir lima kilometer.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya itu di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun ke rumah pengasuh.

Related Posts:

  • Pasangan warga tua ditahan khalwat selepas kelas agamaJitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam. Lelaki beru… Read More
  • Ulasan Filem: Edge of Tomorrow Diadaptasi dari novel “All You Need Is Kill” karya Hiroshi Sakurazaka, Edge of Tomorrow merupakan sebuah filem bergenre aksi/sci-fi yang menyaksikan gandingan di layar buat pertama kalinya diantara Tom Cruise dengan pel… Read More
  • Datuk cabul cucuKuching: Tangisan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mengadu sakit di bahagian kemaluan membongkar kegiatan tidak bermoral datuknya yang sering mencabul kehormatan mangsa dalam kejadian di rumah mereka … Read More
  • Bidikan dendam Sungai Petani: Motif dendam dipercayai punca seorang lelaki maut di tembak tiga das di dada oleh dua lelaki membonceng motosikal di Taman Songket, Batu 2, Jalan Kuala Ketil di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 … Read More
  • Elfira Loy Ambil Suplemen Tambah Ketinggian? Elfira Loy mengaku mula mengambil suplemen peninggi badan sejak minggu lalu kerana tidak tahan dengan kritikan masyarakat yang sering menyatakan dirinya rendah. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy A… Read More