Remaja 14 tahun tiduri isteri orang dimasuki ‘anaconda’

Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar.

Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya.

“Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot.

“Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut.

“Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu.

“Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh.

“Keadaannya masih belum banyak berubah.
“Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,” katanya, semalam.

Related Posts:

  • Astro akur keputusan Che Ta Kuala Lumpur : Astro selaku penyiar program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 akur dan menghormati keputusan Rozita Che Wan, 42, yang mengesahkan menarik diri sebagai juri tetap program berkenaan semalam.  Rozita … Read More
  • Trafik Ke Website dan Blog Mencanak MasukAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua pengunjung blog ini.... Sedikit info untuk saya kongsikan kepada anda iaitu saya telah membina blog khas untuk yang ingin parking bagi tujuan promosi affiliate antarabangsa dan tem… Read More
  • Memang sah Kevin Morais Kuala Lumpur : Ujian DNA yang dilakukan terhadap mayat lelaki reput ditemui ditanam dalam tong dram di Subang Jaya, Khamis lalu, disahkan sebagai Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais. Ketua Jabatan Siasatan Jenay… Read More
  • Komando atas kapal kargo Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 … Read More
  • Coretan menyentuh hati daripada seorang suami Kota Bharu: Pilu hingga menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Itu yang dapat diperkatakan mengenai satu coretan dalam Facebook Allahyarham Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, yang syahid selepas terkorban dalam tragedi kre… Read More