Polis Indonesia guna Lamborghini?


Jakarta: Dua kereta peronda polis yang dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini menarik perhatian setiap pengunjung.

Kereta berkenaan yang dihiasi dengan lambang polis Indonesia ialah Lamborghini Gallardo dan Aventador mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.

Lamborghini Gallardo itu berwarna kelabu gelap dengan tulisan ‘Polisi’ di bonet depannya.

Kepercayaan bahawa polis Indonesia akan menggunakan kereta itu semakin kuat apabila siren juga terpasang di atasnya.

Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis.

Related Posts:

  • 'Wujud pakat naik harga ais, alat tulis' Kuala Lumpur: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat dakwaan kemungkinan wujud unsur pakatan dalam kenaikan harga ais dan alat tulis. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shila Dorai Raj, berkata jika kenaikan ha… Read More
  • Budak mati ditinggal 9 jam dalam kereta   Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) membawa keluar mayat Muhammad Ariff.    Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas … Read More
  • 300 kitab Bible Melayu dirampas Petaling Jaya: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam merampas kira-kira 300 kitab Bible versi bahasa Melayu selepas menyerbu pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara, dekat sini. Serbuan jam 1 tengah … Read More
  • LCW 'paling kaya' 2013 Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menutup tirai kalendar 2013 penuh bergaya apabila menjadi pemain yang meraih pendapatan tertinggi sepanjang 2013 dalam arena sukan badminton dunia. Menurut la… Read More
  • ‘Robin Hood’ bantu mangsa kemalangan   Ahmad membantu mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Seri Bandi, Kemaman, semalam.   … Read More