Pencarian Bakat Akademi Fantasia 2014 Bermula!


Kepada peminat Akademi Fantasia, kini demam bagi musim terbaru bakal tiba dengan format yang lebih dikenali iaitu, melalui format asal yang merangkumi pelbagai aspek kebangkitan Akademi Fantasia yang diterbitkan pada tahun 2003. Walaubagaimanapun, ia masih bersesuaian dengan arus masa hiburan tempatan. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad, penampilan AF2014 kali ini lebih kepada dekat dengan penonton di pinggir bandar mahupun bandar, ini kerana ia berikutan kajian format terkini secara menyeluruh kerana kebanyakkan penonton mahukan

Akademi Fantasia yang dahulu, dan merindui elemen emosi, drama dan air mata yang cukup sebati dengan Akademi Fantasia khususnya generasi muda yang telah mengikutinya sejak awal kemunculan program ini, katanya melalui sidang media pada Isnin lalu yang bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur semalam.

Sidang media ini adalah untuk mengumumkan pencarian bakat yang bakal bermula di 4 buah lokasi seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat-bakat baru yang layak diketengahkan nanti. Peserta yang berumur 18 – 35 tahun layak mencuba dan kaunter pendaftaran ujibakat dibuka dari pukul 9.00am – 1.00pm sahaja. Berikut adalah lokasi dan tarikh ujibakat yang akan dijalankan :

1)     JOHOR – KSL Resorts & Hotel, JB (13 & 14 Jun 2014)
2)     PULAU PINANG – Hotel Sunway, Pulau Pinang (14 & 15 Jun 2014)
3)     SABAH – Hotel Novotel, KK (21 & 22 Jun 2014)
4)     SELANGOR – FINAS, Jalan Utara, PJ  (21 & 22 Jun 2014)


Peserta juga WAJIB, memilih salah satu lagu yang telah disenaraikan di bawah:

PILIHAN LAGU LELAKI
1)     Penglipur Lara – Hazama
2)     Bahagiamu Deritaku – Hafiz
3)     Tetap Menantimu – Nomad
4)     Romancinta – Mojo
5)     Tinggal Kenangan – Saleem

PILIHAN LAGU WANITA
1)     Lebih Indah – Dato’ Siti Nurhaliza
2)     Patah Seribu – Shila Amzah
3)     Angin Syurga – Misha Omar
4)     Bosan – Stacy
5)     Teringin - Shima


Seperti musim yang lalu, pihak Astro juga akan mengadakan sesi ujibakat secar laluan pantas atau fast track secara online dan calon boleh memilih untuk memuat naik klip video nyanyian secara kreatif melalui Aplikasi AF Mobile ataupun hantarkan saja di www.akademifantasia.com.my bermula 26 Mei hingga 9 Jun 2014.  Selain daripada itu, juri yang akan dipertanggungjawabkan untuk memilih peserta yang layak adalah berdasarkan pengalaman mereka di dalam industri seni khususnya tulang belakang kepada Akademi Fantasia musim-musim yang lalu seperti; Cikgu Shafi, Cikgu Siti Hajar, Acis, Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi. Mereka bakal menilai peserta dari segi teknikal vokal, kawalan suara, kreativiti, penghayatan persembahan, serta dari segi karakter dan personaliti bersesuaian dengan program Akademi Fantasia 2014 yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula Ogos ini.

Related Posts:

  • JDT bakal buat rombakan besar-besaranJohor Bahru: Kesungguhan Johor Darul Takzim (DT) memburu kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan menyaksikan rombakan besar-besaran bakal dilakukan dalam usaha merevolusikan bola sepak Johor yang menjadi agenda u… Read More
  • Afdlin berjaya pujuk Ida NerinaIDA Nerina bukan satu nama asing dalam industri seni tempatan malahan nama besar dalam industri ini. Namun kebelakangan ini kelibat artis ini jarang sekali tampil di layar perak mahupun di kaca televisyen semenjak insiden … Read More
  • Kereta Jimmy hilang ditemui rentung Kampar: Kereta milik pengacara popular, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui musnah terbakar dalam ladang sawit di sini pagi semalam, selepas tujuh jam dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Ipoh. Chevrolet Optra … Read More
  • Enam didakwa kes kematian pelatih PLKN Pekan: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan pelatih lain pada 22 September lalu.Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Kem Pinggir… Read More
  • KL Gangster 2 isytihar perang PRODUSER Datuk Yusof Haslam benar-benar geram terhadap angkara yang menimpa filem KL Gangster 2 arahan anaknya, Syamsul yang belum masuk pawagam, tetapi lebih dahulu bocor dalam internet, kemudian dicetak rompak dalam bent… Read More