FIFA pertahan Nishimura


Rio De Janeiro: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mempertahankan keputusan kontroversi pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura yang menghadiahkan penalti kepada Brazil pada aksi pembukaan Piala Dunia, awal pagi semalam.

Namun, pada masa sama enggan mengesahkan sama ada pengadil terbabit akan mengadili perlawanan seterusnya pada temasya itu selepas ini.

 Nishimura dikritik kerana memberi penalti pada minit ke-71 sekali gus membolehkan Brazil mencatat kemenangan 3-1 ke atas Croatia selain beberapa keputusannya yang mencetuskan kontroversi pada perlawanan itu.

Ketua pengadil FIFA, Massimo Busacca berkata Nishimura sudah pun mengesahkan sepakan penalti itu atas kesalahan pemain Croatia, Dehan Lovren kerana menolak penyerang Brazil, Fred.

“Dia berada pada posisi yang sangat baik,” kata Busacca, merujuk kepada sekeping gambar insiden berkenaan yang menunjukkan tangan Lovren menyentuh Fred.

“Apabila dia melihat tangan itu melakukan kesalahan, maka dia bertindak. Ini menjelaskan kepada keputusan pengadil.

“Jika kamu bermain dengan tangan di luar, jika kamu membuat sentuhan, kamu membenarkan pengadil untuk melakukan satu perkara saja,” katanya yang enggan mengulas lanjut sekiranya Nishimura akan mengadili perlawanan lain dalam kejohanan ini.

“Tidak, ia mustahil kerana kami belum membuat sebarang analisis pun. Kami perlu menganalisis 90 minit perlawanan bukannya dengan satu keputusan.

“Kami perlu mendapatkan analisis yang tepat dan kemudian kami akan memutuskan apa yang harus kami lakukan.” - AFP

Related Posts:

  • Piala Malaysia: Keputusan perlawanan (Kumpulan A) - Pahang 2 FELDA United 3 Gol: Phg - Azammudin Akil (m23) Matias Conti (m59), Fld - Edward Junior Wilson (m17/64)) Shukor Adan (m77) - JDT II 2 Lions XII 1 Gol: JDT II - Shafiq Shaharudin (m21) Fandi Ahm… Read More
  • Aishah Ilias nafi cinta bapa pelakon terkenal KUALA LUMPUR: Pernah dikaitkan dengan aktor seberang, Baim Wong, Aishah Ilias baru-baru ini menerima tempias baharu pula apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan jurugambar produksi drama yang juga bapa kepada pe… Read More
  • Kejohanan Dunia: Pentas terbaik Chong Wei raih gelaran dunia COPENHAGEN: Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 yang bermula esok di Ballerup Super Arena, di sini menjadi medan terbaik Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan sulungnya sebelum bersara daripada ar… Read More
  • ‘Ubat gugur’ mamah rahim Kuala Terengganu: Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar Permaisur… Read More
  • Pokok terbakar di tanah perkuburan Kuala Lumpur: Orang ramai yang menziarahi tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini gempar apabila pembakaran sampah secara terbuka di kawasan itu mengakibatkan beberapa dahan pokok tumbang dan menghempap sekurangnya d… Read More