Projek Kahwin Ada Mesej Tersendiri


Teater Projek Kahwin yang sedang rancak dipersembahkan di Istana Budaya sehingga 14 Jun ini menampilkan Izzue Islam sebagai teraju utama disamping Kilafairy dan Hanez Suraya. Dua pelakon wanita akan membuat persembahan secara bergilir. Tetapi hari yang kami menonton, giliran Kilafairy yang membawakan watak Nisa. Jadi tidak dapatlah untuk kami bercerita sendikit tentang lakonan Hanez Suraya. 
 
Berbalik kepada teater Projek Kahwin, ia sebuah karya dan arahan Azri Azli dan diterbitkan oleh MASKTEAM bersama IIAN Enterprise. Untuk makluman IIAN Enterprise adalah produksi milik Izzue dan isteri merangkap pengurusnya, Awin. Projek Kahwin mengisahkan tentang suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan yang secara keseluruhannya melibatkan masyarakat berbangsa Melayu di Malaysia.Rizal( Izzue) dan Nisa, merupakan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka namun mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga turut sama melibatkan diri dalam menjayakan perkahwinan mereka. Dari situ bermula pelbagai masalah yang timbul terutama kewangan.
 
Kemunculan Iman Muda Asyraf memberikan kelainan kepada teater Projek Kahwin. Kiranya dalam gelak tawa ada juga peringatan dan mesej hukum hakam perkahwinan dalam Islam itu sendiri yang hendak disampaikan.Lakonan Sherry Alhadad dan Zurin Aziz mendapat perhatian ramai. Membawakan watak ibu dan juga Mak Long kepada Nisa, mengundang tawa dari penonton.
 
Istana Budaya bergema sebentar apabila Izzue Islam melakonkan watak keduanya iaitu Jiji Licious . Kalau kita selalu menonton Izzue membawakan watak yang sedang bercinta dan sebagainya, kali ini watak ini memang lain sekali. Bergaya sungguh Izzue melakonkan watak pereka fesyen.Kilafairy yang melakonkan watak Nisa untuk malam tersebut juga boleh tahan. Cuma tenggelam sikit dek penangan Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff. Tetapi nyanyian Kila amat baik. Percubaan Kaka juga tidak perlu diperkecilkan. Not bad. 
 
Secara keseluruhannya teater Projek Kahwin ini penuh dengan mesej yang tersurat mahupun tersirat. Dalam perkahwinan yang diutamakan perkahwinan tersebut bukan majlis perkahwinan. Selepas berkahwin itu yang harus difikirkan dan diutamakan. Jangan membazir, tetapi buatlah majlis secara sederhana.

Related Posts:

  • Tiada nada cemas Laporan awal siasatan nahas MH17 mendapati ‘tiada apa yang luar biasa’ dalam rakaman suara kokpit (CVR) pesawat berkenaan.Sumber yang rapat dengan siasatan antarabangsa itu berkata, CVR yang dimuat turun oleh Cawangan Sias… Read More
  • Portugal sedia 4.9 bilion euro untuk selamatkan bank terbesar LISBON: Pihak berkuasa Portugal menyediakan dana menyelamat 4.9 bilion euro (RM21.2 bilion) untuk mengelakkan keruntuhan kumpulan perbankan terbesar dan tertua Eropah, Banco Espirito Santo. Gabenor Bank of Portugal, Ca… Read More
  • Padah bergantung pada Chong Wei “sebagai bekas pemain dan jurulatih, saya memang kecewa apabila kita gagal mengekalkan pingat emas acara perseorangan badminton yang dimenangi enam kali berturut-turut pada Sukan Komanwel,” kata jurulatih perseorangan sku… Read More
  • Hip Luna Maya belum bebas Terus terperangkap dengan soalan berkaitan Ariel biarpun masing-masing sudah temui pengganti Lebih empat tahun episod hitam yang meragut keharmonian hidupnya berlalu, namun masyarakat seperti enggan membebaskan Luna M… Read More
  • Sukan Komanwel: Beregu badminton wanita menang pingat emas kelima KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo mencetus ceria peminat badminton tanah air apabila membantu kontinjen negara untuk memenangi pingat emas kelima di Glasgow, sebentar tadi. Dalam final di Aren… Read More