Tidur masuk longkang


Butterworth: “Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera parah,” kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil, 54, semalam.

Beliau antara tujuh penumpang yang melalui detik cemas apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dalam kejadian di Jalan Baru Perai, di sini, jam 6 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri kejohanan olahraga dan menaiki bas berkenaan di Simpang Pulai, Perak, jam 3.15 pagi.

“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.

“Lutut sakit dipercayai akibat terhentak ketika tercampak ke depan dan kami bernasib baik kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas, manakala kenderaan itu tersekat di dalam longkang,” katanya.

Related Posts:

  • Chile atasi Australia cari cengkaman awal CHILE 3 Alexis Sanchez (m12) Jorge Valdivia (m14) Jean Beausejour (m90+2) AUSTRALIA 1 Tim Cahill (m35) CUIABA: Chile membuka kempen Piala Dunia dengan langkah kanan namun terpaksa bekerja keras sebelum … Read More
  • Keluarga penumpang MH370 di Kedah enggan terima pampasanALOR SETAR: Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau may… Read More
  • Peralta wira Mexico Natal: Mexico bangkit menumpaskan Cameroon 1-0 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan A setelah dua jaringan awal dibatalkan pengadil kerana offside. Penyerang Oribe Peralta muncul wira selepas menjaringkan gol pada sep… Read More
  • Brazil buka langkah kanan SAO PAULO: Juara dunia lima kali Brazil mengurangkan tekanan yang memuncak sebelum kejohanan bermula dengan kemenangan penting 3-1 ke atas Croatia dalam saingan pembukaan Kumpulan A, Piala Dunia 2014 di Stadium Corinthi… Read More
  • Piala Dunia akan bertukar jadi sarkis - amaran jurulatih CrotiaSAO PAULO: Jurulatih Croatia, Niko Kovac yang menyalahkan pengadil Jepun, Yuichi Nishimura dengan memberi amaran Piala Dunia akan bertukar menjadi 'sarkis; selepas keputusan kontroversi penalti kepada Brazil pada asksi pem… Read More