Kes Skandal Adi Putra Dibuka Semula?
By Info Blog at 8:17 PTG
September tahun lalu, kecoh kisah skandal yang kontroversi membabitkan pelakon kacak Adi Putra dengan isteri seorang ahli perniagaan iaitu Nooraida Abdul Mutalib, hingga membawa kepada siasatan pihak polis. Kes itu dibawa sendiri oleh suami Nooraida, iaitu Amiruddin Othman dan mendakwa Adi Putra telah menganggu rumahtangganya akibat dari gambar berunsurkan lucah dibongkar oleh suaminya sendiri di aplikasi WhatsApp isterinya, malah gambar tersebut turut tersebar di laman sosial.
Walau bagaimanapun, penyebaran foto tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan lanjut daripada pihak polis. Dan ada khabar angin mengatakan, anggota polis yang bertanggungjawab dalam kes ini adalah orang dalam yang digunakan oleh Adi Putra sendiri untuk menutup aib yang telah dilakukan sekaligus menutup terus kes ini. Malah, Nooraida dan Amiruddin ketika itu masih berkahwin dan telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.
Walaupun telah membuat sidang media yang pasangan ini telah bercerai selepas itu, Amiruddin masih mahu menegakkan keadilan bagi pihaknya dan bekas isteri. Menurut sumber dari Murai ini, Adi Putra hanya mengambil keputusan untuk terus berdiam diri disamping menunggu keputusan seterusnya dari pihak polis. Selepas hampir 6 bulan, kelmarin Amiruddin sekali lagi memuatnaik foto yang menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman, yang menyatakan pegawai polis yang terlibat dalam subahat yang pernah didakwa telah dikenakan tindakan tatatertib.
Nampaknya situasi tegang kembali menghantui Adi Putra. Walaupun berdiam sekian lama, luka lama Amiruddin tetap menunjukkan bahawa kes ini bakal dibuka semula untuk siasatan.