Brazil buka langkah kanan
By Info Blog at 11:43 PG
SAO PAULO: Juara dunia lima kali Brazil mengurangkan tekanan yang memuncak sebelum kejohanan bermula dengan kemenangan penting 3-1 ke atas Croatia dalam saingan pembukaan Kumpulan A, Piala Dunia 2014 di Stadium Corinthians Arena, sebentar tadi.
Dua jaringan daripada bintang Barcelona, Neymar dan satu daripada Oscar mengesahkan tiga mata untuk anak didik Luiz Felipe Scolari.
Terdahulu, Croatia berjaya mengejutkan Brazil hasil jaringan menerusi gol sendiri pertahanan, Marcelo seawal minit ke-11.