Pengurusku Bidan
By Info Blog at 7:47 PTG
Kuala lumpur: Seorang pengurus wanita sebuah syarikat sanggup menjadi bidan terjun membantu seorang warga Indonesia yang mahu melahirkan bayi di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke hospital, semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita dikenali sebagai Tan berusia 40-an itu berusaha membantu wanita itu bersalin dengan mengikut arahan diberikan petugas perubatan menggunakan telefon bimbit di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini.
Tan berkata, dia yang menjalankan perniagaan syarikat ubah suai kediaman pada mulanya hanya mahu menumpangkan pulang seorang pekerja lelaki warga Indonesia, Samudi, 34.
“Sebaik tiba di pekarangan rumahnya, Samudi terkejut apabila isterinya Todiahor, 29, mendakwa sakit mahu bersalin. Saya kemudian segera mengarahkannya masuk ke dalam kereta. Saya cuma berfikir mahu menghantarkannya ke klinik atau hospital berhampiran.
“Bagaimanapun kesesakan lalu lintas menyebabkan saya panik dan sukar untuk melepasi Jalan Kepong di sini,” katanya.