Dikurung sampai kering


Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Related Posts:

  • Mentor IS dicekup Kuala Lumpur: Penggerak kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini diibaratkan lumpuh apabila tiga 'mentor' utama kumpulan berkenaan diberkas polis. Tiga individu utama itu antara 14 suspek ditahan dalam dua … Read More
  • Pukul ikat sekali Melaka: Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan kesakitan sehingga tidak sedarkan diri lebih empat jam sebelum ditemui terbaring berlumuran darah dengan kedua-dua tangan dan kedua-dua ibu jari kaki diikat, manak… Read More
  • Ajal tertinggal kereta api Sungai Petani: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala dua rakan senegaranya parah apabila kereta yang mereka naiki bersama tiga lelaki lain terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Sungai Petani-Alo… Read More
  • Tak tahan tanggung sakit Alor Setar: "Isteri saya selalu mengadu seperti mahu mati kerana tidak tahan menanggung sakit akibat masalah sukar membuang air kecil yang dialaminya sejak dua minggu lalu. "Saya hantar dia ke hospital malam tadi (k… Read More
  • Petaka tongkat kepala naga Butterworth: Bermodalkan dua batang tongkat yang didakwa mempunyai kesaktian tertentu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya bomoh dan boleh mengubati pesakit yang terkena sihir bijak mempergunakan mangsa apabila meng… Read More