Majlis pembukaan Piala Dunia 2014 bermula penuh warna warni
By Info Blog at 5:21 PTG
SAO PAULO: Penyanyi pop terkenal antarabangsa, Jennifer Lopez atau lebih dikenali, J-Lo menjadi tarikan utama persembahan pembukaan Piala Dunia Brazil di Corinthians Arena, Sao Paulo dengan penuh warna warni dan simbolik.
Keluar pada penghujung persembahan, J-Lo ditemani rapper terkenal, Pitbull dan penyanyi tempatan, Claudia Leitte bagi mendengarkan lagu rasmi Piala Dunia 2014, 'We Are One (Ola Ola)'.
Acara perasmian bertemakan alam semula jadi itu dimeriahkan dengan 660 penari mengenakan pakaian unik seperti pokok gergasi dan bunga disamping skrin bulat yang kemudiannya menjadi pentas nyanyian.
J-Lo sebelum ini pernah membuat ugutan tidak akan ke Brazil atas beberapa masalah sebelum membuat pusingan U.
Ribuan peminat dari seluruh dunia sudah membanjiri Brazil dengan 65,000 penonton dilaporkan memenuhi Corinthians Arena bagi menyaksikan acara pembukaan yang turut dihadiri ketua-ketua pelbagai negara.
Stadium sama turut menjadi pentas perlawanan sulung Piala Dunia Brazil yang menemukan tuan rumah menentang Croatia. - Agensi