Belo Horizonte: Colombia memulakan kempen Piala Dunia 2014 dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Greece dalam perlawanan pembukaan kumpulan C di Estadio Mineirao pagi ini.
Gol pertama Los Cafeteros dijaringkan pemain pertahanannya Pablo Armero pada minit kelima apabila rembatan kaki kirinya terkena pertahanan Greece sebelum menerjah gawang.
Jaringan kedua pula minit ke 58 hasil sepakan sudut yang disudahkan penyerang Teofilo Gutierrez selepas kekeliruan antara penjaga gol Greece, Orstis Karnezis dan pemain pertahananya.
Greece yang tidak berputus asa hampir merapatkan jurang apabila Gekas menggegar palang menerusi tandukan pada jarak dekat.
Bagaimanapun pemain sensasi Colombia, James Rodriguez yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan melengkapkan kemenangan pada minit ke 93 selepas hantaran cantik dari Juan Cudrado.
COLOMBIA: Ospina (GK), Zapata, Yepes (c), Sanchez, Armero, Aguilar, Gutierrez, Rodriguez, Cuadrado, Ibarbo, Zuniga
GREECE: Karnezis (GK) Maniatis, Manolas, Samaras, Kone, Salpingidis, Torosidis, Gekas, Sokratis, Cholevas, Katsouranis (c)
PENGADIL: Mark W GEIGER (USA)
GREECE: Karnezis (GK) Maniatis, Manolas, Samaras, Kone, Salpingidis, Torosidis, Gekas, Sokratis, Cholevas, Katsouranis (c)
PENGADIL: Mark W GEIGER (USA)