Wow! Kecoh juga apabila bekas suami Erra Fazira, Engku Emran mendapat perhatian. Daripada apa yang dilihat EE sedang dilamun cinta. Adakah benar? Hanya EE sahaja yang ada jawapannya.
Banyak komen yang positif tidak kurang juga yang negatif. Walhal EE
belum pun mewar-warkan apa yang sepatutnya. Nampak gayanya komen dari
peminat ada yang agak pedas. Sebagai contoh Anis Safwan mempertikaikan
gambar yang diletakkan oleh EE di Instagram. Anis seolah-olah mengetahui
kisah disebaliknya. Namun seperti yang dikatakan oleh EE, jangan buat
andaian.
Ada juga di antara mereka yang mengatakan cepat benar EE mendapat
pengganti. Selain dari itu, komen yang lain memberi komen yang positif
dan merestui siapa sahaja pilihan EE. Waimanya pun, baik EE mahupun Erra
mereka sudah tidak bersama. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh
Erra, si comel Aleeysa yang mengeratkan mereka. Tetapi hanya untuk anak
bukan untuk mereka bersatu semula.
Mungkin ramai yang mahukan keduanya kembali sebagai pasangan suami
isteri tetapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hanya
mengharapkan keduanya tabah dalam menghadapi dugaan terutaman pendapat
masyarakat sekeliling.
Jika salah seorang daripada mereka mendapat pengganti, kita harapkan ia
berpanjangan. Kehidupan harus diteruskan dan kita doakan supaya mereka
bahagia daripada mengutuk ataupun komen yang sebenarnya kita pun tidak
tahu kesahihannya.