Benzema tunjuk belang
By Info Blog at 7:13 PG
Porto Alegre (Brazil): Perancis menepati ramalan apabila mudah mengenepikan cabaran Honduras dengan kemenangan 3-0 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan E di Estadio Beira pagi ini.
Dua gol disumbangkan penyerang Karim Benzema yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan manakala penjaga gol Honduras menjaringkan gol sendiri.
Gol pertama Perancis diperoleh menerusi sepakan penalti pada minit ke 45 yang disempurnakan Karim Benzema selepas Paul Pogba dijatuhkan oleh Wilson Palacios.
Palacios yang sebelum itu dilayangkan kad kuning juga kerana insiden kekasaran terhadap Pogba dibuang padang kerana memungut kad kuning kedua.
Bermain dengan sepuluh orang pada babak kedua nyata sukar buat Honduras apabila penjaga golnya Noel Valladares pula menjaringkan gol sendiri selepas rembatan Benzema terkena tiang pada minit ke 48.
Benzema menambah derita Honduras apabila menyudahkan peluang hasil sepakan percuma Mathieu Debuchy pada minit ke 72.
PERANCIS: Hugo Lloris, Mathieu Debuchy, Mamadou Sakho, Raphael Varane, Patrice Evra, Yohan Cabaye, Paul Pogba, , Blaise Matuidi, Mathieu Valbuena, Karim Benzema, Antoine Griezmann.
HONDURAS: Noel Valladares, Brayan Beckeles, Maynor Figueroa, Andy Najar, Victor Bernardez, Emilio Izaguirre, Luis Garrido, Luis Garrido, Carlo Costly, Roger Espinoza, Jerry Bengston.
PENGADIL: Sandro Ricci (BRA)
Related Posts:
Kisah Cinta Neelofa Sudah Tamat Akhirnya pelakon dan pengacara popular Neelofa tampil memberitahu perkara sebenar mengenai hubungan dirinya bersama pengarah Hans Issac. Menurutnya, hubungan mereka telah berakhir pada Januari yang lalu namun diatas seb… Read More
Majlis Pelancaran Jualan Tiket Shila Amzah "Love" Live in Malaysia 28 Jun! Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad bersama menganjurkan Shila Amzah "Love" Konsert di Malaysia pada 13 September 2014 (Sabtu), 8pm di Mega Star Arena. Tiket konsert akan dijual secara rasmi pada … Read More
Erin Malek Kini Tunangan Orang Tahniah diucapkan kepada juara FFM2 Erin Malik kerana selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan yang bernama Farriz Fauzy. Majlis yang telah diadakan pada Sabtu lalu di Duta Suria Residency telah dihadiri oleh kaum kelu… Read More
Lawatan Pelawat Di Blog Rezeki Perantau Pada 26 Jun 2014 Ini adalah jumlah pelawat blog ini sehingga jam 9 pagi pada hari ini. Ini menunjukkan blog ini telah mula menunjukkan petanda yang baik setelah admin berusaha keras dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pelawat yang data… Read More
Zizan Bekukan Akaun Syarikat? Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda Zizan dan bekas syarikat pengurusannya iaitu Wirefame. Wirefame sebenarnya adalah milik Zizan dan juga bekas pengurusnya, Marina Juki. Walaupun sudah keluar dari Wirefame dan… Read More

lirik lagu mengukir takdir the helmis

pokok keledek jepun subur di pasu

sertifikasi halal dapur mbg salah satu kebutuhan m...

budak 2 tahun maut dihempap tiang konkrit pagar

gsf delegasi malaysia dijadual berlepas pulang ke ...

sumbangan asas rahmah

buy linkedin premium at 90 off business premium an...

land dispute in klang stalls west coast expressway

senang sedap berbaloi rahsia memasak juadah makan ...

nasi goreng bawang putih dan perjuangan sumud flot...

contoh pempengaruh tone deaf pentingkan wang ada g...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih