Elfira Loy Ambil Suplemen Tambah Ketinggian?
By Info Blog at 9:02 PTG
Elfira Loy mengaku mula mengambil suplemen peninggi badan sejak minggu lalu kerana tidak tahan dengan kritikan masyarakat yang sering menyatakan dirinya rendah.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 20 tahun bagaimanapun memberitahu dia hanya akan gunakan produk tersebut selama sebulan sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau tidak.
“Saya rasa sebab utama saya rendah ialah sejak kecil saya tidak boleh minum susu. Setiap kali minum saya akan muntah. Jadi sekarang saya ingin cuba untuk menambah ketinggian dengan mengambil suplemen"
Mula bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak berusia 12 tahun, dia berharap masyarakat boleh menerima dirinya kerana bakat tetapi bukan kerana bentuk badannya. Dalam perkembangan lain, Elfira kini sedang menyesuaikan diri sebagai penyampai radio bersama ERA fm yang disertainya sejak April lalu.