TOKYO: Penyokong dan peminat bola sepak Jepun menunduk malu hari ini
selepas pengadil negara itu, Yuichi Nishimura mencetuskan keputusan
kontroversi pada perlawanan pembuka tirai Piala Dunia bagi 'membantu'
kemenangan Brazil 3-1 ke atas Croatia, awal pagi tadi.
Laman media sosial di Jepun menjadi tumpuan selepas pegawai
perlawanan itu memberikan tendangan penalti kepada Brazil ketika
perlawanan saling bersaing antara kedua-dua pasukan.
Beberapa gambar dimuat naik memaparkan Nishimura memakai jersi Brazil.
“Banyak tindakan Nishimura kurang tepat,” demikian posting @shinokc.
"Ia bukan penalti. Saya berasa sedih dengan Croatia.”
Menambahkan lagi sentimen kemarahan berkenaan apabila jurulatih Croatia, Niko Kovac mendakwa tindakan Nishimura jauh tersasar.
@sanadamasayuki2 memberi komen: “Ia satu tugas yang berat untuk kami berdepan keputusan teragak-agak ini (pengadil Jepun)."
Kritikan itu semakin pedas menerusi posting @tonbuhin: “Oh, jika
Brazil menang Piala Dunia, segenap pelusuk dunia akan berkata Nishimura
adalah MVP (most valuable player - pemain paling bernilai).”
Nishimura yang berusia 42 tahun juga tidak membenarkan gol jaringan
Croatia dan keputusannya tidak memberikan Neymar terus kad merah dengan
menyiku Luka Modric, juga boleh dipersoalkan.
Beliau sudah menjadi pengadil antarabangsa sejak 2004 dan sudah
menjadi mengendalikan beberapa kejohanan besar, termasuk Puala Dunia
2010 di Afrika Selatan. - AFP