Felixia Yeap Temui “Sinar” Ramadan Ini


Semakin hari nampaknya rezeki Felixia Yeap semakin murah. Walaupun ditomah dan ada ketikanya dicemuh berkenaan gambar-gambar lamanya, namun selebriti yang semakin menempa nama dalam bidang peragaan Muslimah ini semakin mendapat tempat dihati peminat. Model berbangsa Cina ini sebenarnya telah pun membuat satu fenomena baru apabila mengenakan imej berhijab dan ternyata perubahan tersebut disambut baik oleh semua pihak.

Walaupun bukan bergelar penyanyi, namanya seolah-olah telah sebati dalam industri seni tanah air. Apatah lagi impak yang dikongsi di media sosial miliknya sentiasa kearah kebaikan dan positif menjadikan dia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Baru-baru ini juga kecoh berkenaan khabarnya Felixia Yeap bakal memeluk agama Islam namun dinafikan olehnya.

Menurutnya lagi, buat masa kini dia masih lagi mempelajari hal agama Islam dan tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan. Perkara yang amat mengembirakan semua pihak, Felixia Yeap telah mengesahkan bahawa dia bakal memeluk agama Islam pada Julai ini.

Bulan Julai dipilih bersempena dengan hari lahirnya serta kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan gadis ini sudah tentu tahu akan cabaran Felixia Yeap yang mempunyai gastrik namun ianya bukanlah alasan utama dari terus menjalani ibadat tersebut yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Ditanya adakah disebabkan mempunyai teman lelaki Melayu diantara faktor dia menukar agama, Felixia Yeap menolak perkara tersebut namun tidak menolak teman lelakinya merupakan individu penting yang banyak memberikan dorongan untuk terus belajar agama Islam.