Luahan Hati Hanez Suraya

Diantara yang menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini ialah permohonan maaf secara terbuka oleh Hanez Suraya. Umum mengetahui, pelakon ini telah terlibat dengan pelbagai spekulasi dan gossip terutama mengenai kisah rumah tangga yang melibatkan suami orang.
 
Namun, semua itu dijadikan sebagai suatu pembelajaran dan Hanez secara terbuka memohon maaf kepada semua pihak yang pernah terlibat dengan dirinya. Dalam masa yang sama dia turut mengakui sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesalahan.
 
Selain itu, pelakon cantik ini berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya tidak kira semasa dihimpit kontroversi mahupun tidak. Kini, dia lebih bersifat terbuka terhadap apa jua teguran dan menerima teguran tersebut secara positif  dengan hati yang terbuka untuk menjadi manusia yang lebih baik.



Mengenai perkembangan semasa, Hanez kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan. Teater tersebut bakal membariskan pelakon hebat seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.