Mendirikan rumah tangga pada usia muda barangkali bukan keutamaan
bagi wanita alaf ini terutama mereka yang bercita-cita tinggi. Tidak
terkecuali golongan selebriti, selagi belum berada di puncak kejayaan,
soal perkahwinan terpaksa ditolak tepi dulu.
Bagaimanapun, buat pelakon muda berkaliber Nur Arina Abdul Malek atau
Erin Malek, 20, dia sudah bersedia menempuh fasa baru dalam hidupnya
selepas dipertemukan dengan lelaki idaman. Mengikat tali pertunangan
kelmarin bersama ahli perniagaan Farriz Fauzy, 30, beza umur antara
mereka berdua bukanlah isu utama.
Mereka mula berkenalan Disember tahun lalu sebelum bertukar nombor
dan menyulam cinta sejak Januari tahun ini. Meskipun usia perkenalan
mereka sangat singkat, Erin nekad menamatkan zaman bujangnya selepas
dilamar Farriz.
Farriz menepati ciri lelaki yang saya cari selama
ini dan kematangannya membuatkan saya selesa bersamanya. Susah nak cari
lelaki sesuai seperti dia yang matang, malah sangat memahami diri serta
kerjaya saya.
“Justeru, kenapa saya perlu menolak cintanya kerana saya sendiri
sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan meskipun usia saya masih
muda. Mengenai kerjaya pula, kami tidak ada isu besar kerana
masing-masing saling memahami.
“Menjelang hari bahagia kami nanti tidak dinafikan pasti ada
pelbagai rintangan, namun kami yakin dan percaya akan menempuhnya dengan
tabah,” kata pelakon Misiku Kuza itu.
Pada majlis sederhana yang
berlangsung di kediaman ibunya di Duta Suria Residency, Ampang, tarikh
pernikahan ditetapkan terus di mana Erin dan Farriz bakal disatukan pada
10 Oktober ini. Majlis itu dirancang akan diadakan di tempat sama
kelak.
Anggun dan berseri dalam persalinan Azura Couture pada
majlis dihadiri kira-kira 150 ahli keluarga kedua pihak itu, menurut
Erin lebih membuatkannya yakin untuk menerima lamaran itu apabila
tunangnya tanpa berselindung menyatakan hasrat di hatinya.
“Farriz
seorang yang ‘straight-forward’ dan apa saja yang terlintas di hatinya
dia terus bertanya kepada saya. Menurut perancangan awal, sepatutnya
kami sekadar mahu mengadakan majlis merisik, namun akhirnya keluarga
memutuskan lebih baik terus mengikat tali pertunangan,” katanya.
Mula
berkenalan menerusi kawan-kawan, Farriz akhirnya memberanikan diri
mengajak pelakon itu keluar. Tidak mengambil masa yang lama, hatinya
terpaut dengan kematangan Erin meskipun dia baru berusia 20 tahun.
“Untuk
usia sebegitu, saya amat kagum dengan kematangan yang ada padanya
meskipun ada kalanya terserlah juga sifat kebudak-budakannya. Dia jenis
mudah memahami dan pendek kata, saya selesa serta serasi dengannya.
“Bahkan,
saya mengambil keputusan untuk menonton semua lakonannya juga demi
mengenali lebih banyak mengenainya. Pada perspektif saya apabila menilai
lakonannya, bukan soal bagus atau tidak, namun tawaran yang masih
diberikan buatnya,” ujar Farriz.
Berkonsepkan tema ‘Fairy
Blossom’, pada acara yang berlangsung sekitar 8.45 malam itu, kedua-dua
pihak berbalas dulang hantaran di mana lima daripada pihak lelaki
termasuklah tapak sirih dan cincin, sirih junjung, kain, telekung dan
kek manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang iaitu tapak sirih,
cincin, kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.
Turut
hadir memeriahkan majlis itu rakan artisnya, Fasha Sandha, Arja Lee,
Shima Anuar, Sherry Alhadad, Zulyn Aziz dan Faralyna Idris.
Minta doa dan berkat
Kembali
membina nama selepas selesai alam persekolahan, nama Erin yang masih
kuat dalam industri tidak sukar buatnya meraih perhatian produser
membintangi drama mahupun filem.
Tampil menerusi filem Awak Nak
Kahwin Dengan Saya? sebagai watak utama baru-baru ini juga jadualnya
semakin padat, apatah lagi selepas dia memenangi program realiti Fear
Factor Malaysia musim kedua.
Lantas, mengambil keputusan
mengakhiri zaman bujangnya pada usia muda menimbulkan persoalan
bagaimana agaknya perjalanan karier seni pelakon itu selepas ini.
Akuinya, hal itu tidak akan menjejaskan kerjaya lakonannya memandangkan
dia akan terus berlakon.
Apapun, sudah bergelar isteri orang
kelak, ditanya kepada Farriz sendiri adakah dia menetapkan apa-apa
syarat kepada Erin, namun menurutnya, dia serahkan sepenuhnya kepada
pelakon itu kerana cukup mempercayainya.
“Saya tiada sebarang
halangan terutamanya dalam bidang seni sendiri terpulang kepadanya. Saya
yakin dan percaya dia pandai menjaga dirinya dengan baik.
“Bahkan
dia sendiri yang menetapkan untuk menjaga batas lakonannya kelak
apabila kami sudah berkahwin. Faham dengan situasi di mana akan ada yang
cuba menjatuhkannya, saya tidak risau kerana saya lebih kenal dia,”
katanya.
Selesai majlis pertunangan, Erin akan terus sibuk membuat persiapan hari pernikahannya pula.
“Saya
sangat bersyukur kerana majlis hari ini berjalan lancar. Kepada peminat
di luar sana, doakan jodoh kami berkekalan sampai ke akhir nyawa,”
katanya.
Erin jumpa jejaka idaman
By Info Blog at 1:49 PG
Related Posts:
Liyana Jasmay Hasilkan Jubah Perjumpaan antara Liyana Jasmay dan Bella Ammara dan suami, telah menghasilkan sebuah persetujuan di mana, mereka berkolaborasi dalam menghasilkan koleksi yang terbaru. Menamakan koleksi tersebut sebagai BELLALIYANA01… Read More
Malaysia Makin hampir ke Final Kuala Lumpur: Skuad bawah 16 tahun negara hanya selangkah untuk melakar sejarah ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala AFC, malam tadi. Kemenangan 2-1 mengata… Read More
Madeena Sentiasa Di Hati Mizz Nina Sejak dulu lagi penyanyi terkenal Mizz Nina sentiasa membuat satu anjakan khusus demi peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya. Selepas berhijrah dan mengambil keputusan untuk berundur dari nyanyia… Read More
MISTERI POKOK TUA MOGGOL YANG BERSYILING !!! Mereka mengatakan wang tidak tumbuh di atas pokok. Tetapi ia muncul berbuat demikian bagi syiling-disemat batang misteri yang terdapat seluruh hutan di UK. Fenomena pelik pokok tua monggol dengan syiling ter… Read More
Harimau Muda A garang benam Laos 4-0 KUALA LUMPUR: Misi mengutip tiga mata penuh pada perlawanan kedua Kumpulan A di Sukan Asia disempurnakan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Laos, di Stadium Ansan, Incheon, Korea … Read More

myanmar data lawsuit hits telenor raising question...

best beef tallow recipe ideas

lirik lagu akhirnya kamu bella astillah ft daniesh...

koleksi video lawak kucing ai

gambaran yang diberi dalam keputusan fifa tak tepa...

kerajaan cadang naikkan cukai vape daripada 40 sen...

mufti pahang jangan korbankan nilai islam dalam me...

minimalisme cara hidup ringkas yang boleh buat hid...

masjid nabawi pintu 326 untuk seminggu

sarapan pagi di warung kopi peng bersama anak buah...

bubur jagung lemak manis rasa tradisi yang buat ki...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih