Zizan Bekukan Akaun Syarikat?
By Info Blog at 8:22 PTG
Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda Zizan dan bekas syarikat pengurusannya iaitu Wirefame. Wirefame sebenarnya adalah milik Zizan dan juga bekas pengurusnya, Marina Juki. Walaupun sudah keluar dari Wirefame dan Zizan bernaung di bawah pengurusan Astro, perkongsian dalam syarikat masih bersama Wirefame.
Tetapi desas desus sedang hangat diperkatakan Zizan telah membekukan akaun syarikat. Atas dasar apa tidaklah diketahui. Kami tidak dapat menghubungi Zizan kerana dia berada di luar negara. Kami ada meninggalkan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. Tetapi tidak dibalas pula.
Kami cuba menghubungi Marina bertanyakan perkara tersebut.
"Saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Tunggu sehingga Zizan pulang ke tanah air dan tanya dengan dia sendiri," komen Marina.
Hurrmm.. Jawapan yang selamat nampak gayanya. Ya la kan, yang membekukan akaun tersebut Zizan jadi manalah Marina tahu. Jika tahu pun kerana apa dibekukan, mustahil untuk Marina berkongsi.
Mungkin Zizan ada sebab tersendiri kenapa dia berbuat sedemikian rupa. Lagipun dia juga pemegang saham terbesar dalam Wirefame. Jadi dia pun boleh juga membekukan akaun tersebut. Tetapi jika apa yang ditulis oleh Murai Batu semalam, pekerja di Wireframe tidak mengetahui akaun dibekukan, maka mesti ada sesuatu yang berlaku. Tidak mengapa kita tunggu sahaja jawapan dari Zizan ya?