Seremban: Lolanopita Sadi, 40, ibu kepada remaja orang kurang upaya
(OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, dibebaskan selepas wakil Kesatuan
Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar jamin RM7,000.
Dua wakil kesatuan itu bersama peguam Lolanopita, Hanif Hassan, hadir
ke Kompleks Mahkamah Seremban di sini, jam 3.30 petang tadi.
Difahamkan, wang jaminan itu dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa wanita terbabit.
Jumaat
lalu, Lolanopita dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, atas dua
pertuduhan iaitu mengabaikan dan meninggalkan anaknya itu tanpa
pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.