“I’m too old for this” – Nora Danish
By Info Blog at 8:29 PTG
Nora Danish disindir? Nora telah memuat naik satu gambar di laman Instagramnya selepas tayangan perdana filem terbaru Nora bersama Farid Kamil iaitu 'Pengantin Malam'. Gambar tersebut adalah luahan hati Nora sendiri. Rasanya ramai yang telah mengetahui tentang isu ini.
Nora artis nombor satu yang mempunyai ramai pengikut di Instagram tidak melatah dengan tuduhan yang tidak berasas. Seperti katanya, tidak puas hati, bersemuka lagi elok. Tidak perlu memerli atau sebagainya kerana ada pihak menuduh Nora punca sebenar perpisahan antara Nedim Nazri dan bekas isterinya. Sedangkan ramai yang mengetahui Nora mengenali Nedim selepas Nedim tidak bersama dengan isterinya.
Jika dilihat, sebelum ini ada juga kontroversi tentang Nora. Namun, Nora bijak mengatasinya. Malah dia tidak melatah tetapi sentiasa berfikiran positif. Bak kata Nora, “I’m too old for this. All I care is my career and family. Gossip/drama ni, dah tak larat dah”.
Isu ini timbul apabila Nora memuatnaikkan gambarnya bersama anak Nedim. Dari situ ada pihak seolah-olah tidak berpuas hati. Nora sendiri terkejut tentang perkara tersebut. Menurut Nora dia sendiri memang menyukai kanak-kanak dan tidak salah rasanya dia memuatnaik gambar tersebut. Rata-rata komen peminat di Instagram tidak menyakitkan dan sentiasa menyokong Nora. Nora sendiri tidak mahu memanjangkan perkara ini.