'Selangor ada banyak lagi Rangel'


Kuala Lumpur: Barisan penyerang tempatan Selangor perlu membuktikan mereka juga mampu meledak tanpa penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel apabila pendahulu Liga Super itu turun berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic masih belum menyatakan gandingan yang bakal dipertaruhkan di kalangan empat penyerang tempatan iaitu Abdul Hadi Yahya, Afiq Azmi, A Thamil Arasu atau Hazwan Bakri.

Rangel yang juga penjaring terbanyak liga dengan 12 gol setakat ini, digantung dua perlawanan akibat kad merah ketika menewaskan Terengganu 4-1, Selasa lalu.