Che Ta Tak Kisah Buang 1000 Peminat

 
Pernah satu ketika dulu, kecoh apabila si pelakon cantik Che Ta, yang bersuamikan pelakon lelaki muda bergaya, Zain ini mengamuk dan membidas komen negatif peminatnya di laman instagram hanya kerana peminat tersebut mengeluarkan kata-kata kurang enak disebabkan gambar Zain yang berambut perang. Kerana gambar itu jugaklah, Che Ta atau Rozita Che Wan membidas balik serta menyekat terus pengikut-pengikut yang kebanyakkan memberi komen negatif di laman instagram miliknya.

Menurutnya, Zain terpaksa berambut perang kerana terikat dengan kontrak Oh My English yang memegang karakter sebagai Mr. Henry Middleton dan kepada pengikut yang memberi komen tanpa usul periksa haruslah disekat agar tidak lagi menyakitkan hati bakal ibu yang berusia 41 tahun ini. Dan baru-baru ini, hanya disebabkan sekeping gambar beliau bersama suami di Menara Eiffel Tower Paris, telah mengundang kontroversi di laman sosial kerana gambar mesra tersebut seolah-olah sengaja menunjukkan mereka sedang berkucup, tetapi Che Ta membidas dengan mengatakan, gambar itu nampak saja seperti bercium tetapi tidak, kerana diambil dari jarak yang jauh, dan Che Ta juga bengang, sebab itu adalah gambar bersama suami sendiri bukannya dengan suami orang, dan katanya lagi, instagram adalalah milik personal, siapa yang tak menyukainya, diminta untuk ‘unfollow’ saja, katanya secara berseloroh.

Selepas isu asyik dihentam dengan pengikut-pengikutnya di laman sosial, Che Ta tak teragak menyekat semua pengikutnya yang negatif dan mengaku hampir 1000 peminatnya telah disekat terutama di laman instagram, kata pemilik akaun @rozitachewan1 ini sewaktu ditemubual oleh Datuk Aznil hj. Nawawi secara langsung menerusi hlive! yang disiarkan di Astro Ria dan Maya HD, Ahad 8.30 malam.

Sekarang ni, isu menyekat pengikut di laman sosial memang dah menjadi lumrah dikalangan selebriti khususnya. Contohnya, kalau tak silap, pelakon cantik Fazura pon banyak menyekat pengikutnya yang negatif hinggakan ada bunyi kurang senang di kalangan wartawan yang menyatakan, Fazura akan memadam segala komen negatif tentang dirinya dan terus menyekat pengikut tersebut. Hummm...padanlah komen-komen di dalam gambar instagram milik si Fazura ni, semuanya yang elok je...eh!