Seremban: Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan remaja orang
kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, boleh menghulurkan
bantuan menerusi Tabung Khas.
Tabung Khas yang ditubuhkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu kini sudah mengumpul RM4,000.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar berkata, untuk permulaan, orang
ramai boleh menghulurkan sumbangan mereka di Hospital Tuanku Jaafar
(HTJ), di sini atau pejabat JKM kerana akaun tabung berkenaan masih
dalam proses pelaksanaan.
Menurutnya, tabung berkenaan sudah
menerima derma termasuk dari Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil
Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) Datin Seri
Raja Salbiah Tunku Nujumuddin.
“Saya menggalakkan orang ramai
terutama pertubuhan bukan kerajaan tampil menghulurkan bantuan kepada
Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘Celebral Palsy’ demi
memastikan kehidupannya terjamin pada masa hadapan.
“Saya bersyukur kerana banyak pihak mengambil berat keadaan Muhammad Firdaus dan adiknya yang ditempatkan di wad sama di HTJ.
Saya yakin keadaan mereka berdua akan bertambah baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, beliau bersyukur semua keperluan remaja itu dijaga dengan
baik termasuk makanan dan lampin pakai buang berbanding keadaannya
sebelum ini yang tidak terurus.
Beliau berkata, walaupun tempoh
rawatan remaja itu dijangka mengambil masa, namun dengan bantuan semua
pihak terutama hospital, beliau yakin Muhammad Firdaus akan pulih.
Gerakan Belia 4B cawangan Amar Penghulu dan Ulu Klawang turut
menganjurkan perlawanan amal bola sepak, malam tadi, dalam usaha
mengutip derma untuk membantu Muhammad Firdaus.
Tabung Khas bantu Muhammad Firdaus
By Info Blog at 8:32 PG
Related Posts:
Tangkap jika buat kecoh: PolisKuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan tegas serta menangkap kumpulan atau individu yang menimbulkan kekecohan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa ini.Ini berikutan pol… Read More
Gempar bangkai anak paus terdampar Orang ramai gempar melihat bangkai dipercayai anak ikan paus terdampar di Pantai Pasir Pandak, dekat Santubong, semalam. - Foto Mas Adib Saie Santubong: Penduduk Kampung Pasir Panjang di… Read More
BERITA BAIK UNTUK YANG INGIN BUAT DUIT DALAM ASBBERITA PENTING DAN BERITA BAIK UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MEMBUAT PELABURAN DALAM ASB. OTAI ASB AKAN BERIKAN ANDA PANDUAN YANG MEMBOLEHKAN ANDA MELABUR DALAM ASB TANPA ADA TEKANAN DAN IA LEBIH MUDAH TIDAK SEPERTI … Read More
Warga tua pemenang Cabutan SSP Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam. Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, … Read More
Dedah 'bangkai' matikan persepsi negatif Tan Sri Musa Hassan Kuala Lumpur: Rasuah membabitkan penguat kuasa undang-undang boleh dibanteras jika pemberi rasuah atau 'bangkainya' didedah menerusi siasatan yang dijalankan secara menyeluru… Read More

polis tahan lelaki lepas tembakan di kuil

tak perlu tembakan pejuang 18 askar israel ambil n...

wacana dpr versi indonesia idol antara lucu serius...

minyak paket subsidi terkedu pekedai kata jual kep...

saling ingat mengingati itu tanda sayang

long weekend a little taste of heaven

sotong sumbat telur simple tapi padu

gempa bumi di segamat are we really safe from eart...

apa boleh kita pelajari apa berlaku di indonesia

checklist lengkap sebelum hadir temuduga kerajaan ...

dua bayi digigit tikus di hospital kerajaan dalam ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih