Budak ajar gulung ganja

Jeddah: Direktorat Kawalan Dadah Awam (GDDC) Arab Saudi semalam melancarkan gerakan mengesan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang muncul dalam klip video mengajar rakannya seni menggulung rokok yang dicampur dengan ganja.

Penolong pengarah bahagian pencegahan GDDC, Abdul Ilah Al-Sharif berkata, agensi itu meminta bantuan beberapa pakar media untuk mengesan budak lelaki itu.

Rakaman klip video berkenaan tersebar secara meluas di media sosial.

Ia menunjukkan kanak-kanak itu mengajar teknik profesional menyediakan rokok ganja.

Dia juga mempunyai bahan yang diperlukan seperti ganja, tembakau dan kertas pembalut yang digunakan untuk membalut rokok berkenaan. - AFP