Hani Mohsin Dalam Kenangan...
By Info Blog at 8:27 PTG
Masih ingat lagikah anda Allahyarham pelakon dan penerbit Hani Mohsin? 'Jimi Asmara', 'Ringgit Kasorga' dan 'Merah' antara filem yang dilakonkan oleh Allahyarham. Sedikit imbasan mengenai Allahyarham Hani Mohsin. Tanggal 25 Julai 2006, di Terminal Tambang Murah (LCCT), beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung.
Beliau bersama anak kesayangannya, Hani Karmila, ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Pulau Langkawi untuk melancong bersama. Lebih menyayat hati, apabila Karmila sendiri melihat Allahyarham rebah di LCCT. Hani Karmila kini tinggal bersama ibu dan bapa tirinya Dato’ Seri Mohd Effendi Norwawi.
Untuk pengetahuan anda, 18 Jun adalah tarikh lahir Allahyarham yang ke 49 tahun. Datin Tiara Jaquelina yang juga bekas isteri Allahyarham telah mengingatkan kita tentang pelakon hebat ini. Datin Tiara memuat turun gambar di laman sosialnya mengenai Allahyarham dan rata-rata peminat memuji kerana walaupun keduanya telah membawa haluan masing-masing, tetapi sepanjang hayat Allahyarham, mereka sangat baik. Sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Kapsyen yang ditulis oleh Datin Tiara di gambar yang dikongsi tentang Allahyarham, tergambar betapa bertuahnya dia mengenali Hani Mohsin.
“Al fatihah for a dear and loyal friend, a wonderful father, a great actor. Hani Mohsin would have been 49 on his birthday today”.
Datin Tiara berkongsi tentang artikel yang ditulis mengenai Allahyarham pada tahun tersebut:
“Sempena memperingati arwah Hani Mohsin pada harijadinya yang ke-49 hari ini, saya terjumpa article yang saya tuliskan untuk Harian Metro sewaktu pemergian beliau:
Belasungkawa Hani Mohsin.
‘I sing to him that rests below,
And, since the grasses round me wave,
I take the grasses of the grave,
And make them pipes whereon to blow.’
— Petikan sajak ‘In Memoriam AHH’ nukilan Alfred Lord Tennison
“KINI saya kehilangan seorang sahabat, perginya lelaki budiman, ayah penyayang dan kawan setia.
Hani Mohsin, manusia yang dibesarkan dengan sifat insani. Dia antara mereka yang pernah singgah di dalam perjalanan hidup saya. Sesiapapun yang mengenali Mohsin akan mengingati senyumnya, jenakanya, keperibadiannya, rendah diri, ketegasan dan dedikasinya terhadap tugas.
Dia cukup menghargai nilai persahabatan. Tidak hairan lebih 2,000 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya. Sesetengah kita pun tidak pernah bertemu dengan manusia seramai itu sepanjang hidup.
Pastinya mereka yang menyayanginya, menziarahinya pada Selasa lalu dan tiga malam selepas itu, menyaksikan betapa Mohsin sahabat yang ikhlas dan jujur. Sentiasa bersedia membantu, mendengar masalah, malah dia juga bijak menceriakan suasana.
Saya bertuah pernah bersama lelaki mulia ini, mewarnai hidup saya sebelum ini. Dia juga yang membuka pintu hati ini mengenali Islam pada 1993 dan sehingga kini saya bernaung di bawah agama suci ini. Terima kasih Mohsin.
Lima tahun hidup sebumbung, Tuhan mengurniakan kami Hani Karmila (Mila). Bukti cinta kami ketika itu. Namun jodoh kami tidak panjang. Saya temui jalan baru hidup bersama lelaki lain yang tinggi budi pekertinya.
Pun begitu, Mohsin dan saya tetap rapat, terutama demi Mila. Kami sering berbincang mengenai penjagaan dan membesarkan Mila.
Mila beruntung! Kiri kanan kasih sayang dicurah kepadanya. Dia mendapat perhatian bagaikan menatang minyak yang penuh daripada kedua-dua keluarganya. Padanya, Mohsin, Effendi, adiknya Eridani dan saya bagai satu keluarga besar.
Mila sering bercerita betapa bertuahnya dia berbanding rakan lain kerana mempunyai dua bapa. Seorang dipanggil Daddy, Mohsin dipanggilnya Ayah. Malah, Dani juga memanggil Mohsin, Ayah.
Kami banyak berkongsi kenangan, daripada hari jadi, produksi sekolah hinggalah majlis penyampaian hadiah, termasuk 12 Julai lalu, Mila menerima anugerah Russell Arts kerana pencapaiannya dalam Seni. Detik itu cukup membanggakan kami.
Memori yang tidak akan saya lupakan ialah kejutan Mila untuk hari jadi ayahnya ke-41 pada 18 Jun lalu. Kami bincang untuk membeli sebiji kek kosong bulat dan ‘Picasso cilik’ kami ada idea sendiri untuk menghiasinya.
Tahu apa yang dilakarnya di atas kek itu? Dia melukis Roda Impian, program yang dihoskan Mohsin! Mila turut mengajak Effendi dan Eridani, dibawa kek itu menghampiri Mohsin. Memang Mohsin terkejut dan detik itu juga membuatkan Mohsin menangis. Tidak disangka, kenangan itu kenangan terakhir kami.
Melihat Mila mengingatkan saya kepada Mohsin. Tulang pipinya sebiji seperti ayahnya. Begitu juga bentuk fizikal. Namun, bukan sekadar itu kerana Mila diberi kekuatan minda dan semangat ayahnya.
Apa yang Mila seronok sangat ketika di rumah ayahnya? Pelbagai aktiviti dilakukan bersama — berkebun, mengecat, menghias rumah dan macam-macam lagi. Mohsin jenis orang yang suka duduk di rumah, melakukan kerja sendirian daripada memasak, membasuh hingga mendekorasi perabot. Ramai yang hadir menziarah hari itu tidak percaya yang rumah kemas dan bersih itu dilakukan oleh arwah.
Mila juga gemarkan masakan Mohsin. Selera mereka sama, sukakan masakan kampung. Ringkas saja masakannya tetapi sedap seperti sambal tumis, terung bakar bersambal, ayam masak merah dan beberapa lagi masakan Utara.
Bagi Mohsin, Mila adalah cahaya hidupnya. Lebih-lebih lagi selepas pemergian ibunya dua tahun lalu dan bapanya pada 1994. Mohsin pula anak tunggal! Ia cukup menyentuh hati saya melihat dia mengebumikan jenazah ayahnya, kemudian ibunya dan sekarang saya melalui satu lagi situasi memilukan.
Effendi menyifatkan Mohsin sebagai lelaki tulus. Bijak membawa diri dengan penuh adab, kita tidak dapat lari daripada menyukainya.
Mohsin dan saya kekal sebagai kawan baik dan rakan seperjuangan, hari ini pun kami masih berkongsi dua tingkat pejabat di Ampang Point. Menjalani latihan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan minggu depan membuatkan kami sering terserempak dan berbincang soal kerja.
Sebagai pelakon dan penerbit, dia selalu menyokong karier saya, membakar semangat saya apabila ia berkurangan. Dia akan SMS saya, memberi galakan dan memuji saya setiap kali melihat saya di TV atau pentas.
Pernah dia memberitahu saya, ‘jangan mudah mengalah, tiada siapa di dalam industri ini yang mampu membuat perubahan seperti kamu. Tutup saja telinga terhadap suara sumbang dan cuba pecahkan tembok tegar itu. Kita lakukan ini bukan kerana pujian semata-mata’.
Pada 17 Julai 2003, dia dianugerahkan gelaran PMP (Pingat Mahkota Perlis) daripada Yang di-Pertuan Agong kerana kecemerlangannya di dalam industri.
Kini kita kehilangannya. Sebutir antara ribuan bintang di angkasa hilang cahayanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah!
Related Posts:
Piala Suzuki AFF: Skuad Harimau Malaya berdepan misi sukar KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan laluan getir pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal diadakan di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini. Pada majlis undian yang diadakan di Ha… Read More
Dapat bukti baru Kuala Lumpur: Pihak penyiasat memperoleh imej rakaman dan bukti baru kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh. Agensi media Dailymail.Uk dipeti… Read More
Nahas MH17: Pesawat Singapura 90km dari MH17 Singapura: Pesawat milik Singapore Airlines (SIA) disahkan berada pada jarak 90 kilometer dari MH17 sebelum kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak jatuh di ruang udara Donestk, Ukraine, bulan lalu. … Read More
Malaysia jadi tuan rumah pertama kejohanan Bola Sepak Pantai AFF KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan sulung Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Kuantan, Pahang, Oktober tahun ini. Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat Majlis AFF ke-12 bagi… Read More
PETRONAS biaya RM67j cari pesawat Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) akan membiayai RM67 juta bagi penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin untuk operasi mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat MH370 yang hilang. Syarikat miny… Read More

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

showtime 1958 kisah sebenar studio jalan ampas sin...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih