Suspek ditahan ketika tidur
By Info Blog at 4:58 PTG
Subang Jaya: Suspek kes larikan dua budak lelaki kelmarin, berkeras tidak tahu menahu mengenai kejadian itu ketika pasukan polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di rumahnya, 2.30 pagi semalam.
Kedegilan remaja yang masih bersekolah itu menyebabkan suasana pagi rumah ibunya di taman perumahan Puchong Perdana menjadi kecoh tetapi dapatkan ditenangkan apabila ibunya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Sebelum itu, ibu suspek sendiri membuka pintu rumah bagi membolehkan pasukan polis masuk ketika remaja yang masih bersekolah itu nyenyak tidur.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan remaja itu susulan penemuan kereta PROTON Gen 2 yang dilarikan suspek pada jam 6.30 petang kelmarin, oleh orang awam.
Hantar pasukan forensik
“Kita hanya dimaklumkan penemuan kereta yang dijumpai di Jalan Mawar 1 itu pada jam 8.30 malam, sebelum menghantar sepasukan forensik bagi membuat pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.
“Kereta itu diletakkan di bahu jalan 500 meter dari lokasi kejadian yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Yahaya berkata, hasil padanan cap jari yang diperoleh, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah teres dan menahan suspek yang ketika itu sedang tidur.
“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemui wang tunai sebanyak RM117 dipercayai diperoleh selepas melarikan kenderaan berkenaan,” katanya.
Pengecaman orang awam
Beliau berkata, maklumat tangkapan itu juga turut dibantu hasil pengecaman orang awam yang berada di lokasi kejadian serta kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan itu.
“Suspek direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga Sabtu ini,” katanya.
Dalam kejadian 7.15 pagi kelmarin, Muhammad Naqiuddin Rashid dan adiknya Muhammad Thaqiff dilarikan suspek yang mencuri kereta ibunya Karniyurtini Ishak, 35.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya di rumah pengasuh.
Related Posts:
Solat jenazah di padang
Normal
0
false
false
false
EN-US
X-NONE
X-NONE
… Read More
Sembelih kekasih sebelum buang dari tingkat 25
Subang Jaya: Polis memburu seorang pengurus projek pembinaan berusia 41 tahun selepas dipercayai membunuh kekasihnya warga Vietnam dengan menetak dan menyembelih leher mangsa sebelum dipercayai membuang mayat kekasihnya dari… Read More
DAFTAR PERCUMA UNTUK SAHAM PERCUMA DARI WSS INC
RAMAI ORANG DI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN BRUNEI BOLEH MEMAHAMI BAHASA MELAYU. BAIKLAH, HARI INI ADALAH HARI YANG DIKIRA SAAT-SAAT AKHIR UNTUK MEMILIKI SAHAM DALAM SESEBUAH SYARIKAT ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL DA… Read More
BERANI MENCUBA KERANA ZERO RISIKO TETAPI BAKAL MENGUNTUNGKAN 1 MAC 2015BERAPA TAHUN DAH ANDA GUNA INTERNET?
BERAPA TAHUN DAH ANDA GUNA FACEBOOK?
BERAPA TAHUN DAH ANDA GUNA SEARCH ENGINE GOOGLE?
BERAPA TAHUN DAH ANDA GUNA EMAIL YAHOO?
BERAPA RIBU.. BERAPA KOS PERLU DIBAYAR OLEH ANDA GUNA PERKHID… Read More
Yana Samsudin sah bergelar isteri
Yong Peng: Pelakon, Yana Samsudin,
31, sah bergelar isteri kepada Fadzil Zahari, 32, dengan sekali lafaz di majlis
akad nikah di Taman Kota Impian, Yong Peng, hari ini.
Majlis pernikahan itu berlangsung di
kediaman Yana d… Read More
krisis sudan 2025 perang berdarah punca kesan dan ...
malaysia us trade deal like insurance against reck...
kg papan residents protest at bnm demand promised ...
zurinah hassan in translation
iium dons urge action after romans learned shipbui...
lebih 800 dilapor keracunan makanan di taman tema
james chin dives into how ancient malays were able...
wanita warga britain ditangkap anjur kelas yoga be...
keputusan afc champions league elite 2025 2026 jdt...
ujian khas mrsm senarai ujian cara buat semakan
uphold fair and equal treatment ptptn exemptions m...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih




