ATM lebur impian 'Gergasi Merah'
By Info Blog at 6:04 PTG
Shah Alam: Hasrat Selangor mempertahankan kedudukan di puncak Liga Super lebur selepas tewas 2-0 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, di sini, malam tadi.
Selepas unggul mengikat juara Piala FA, Pahang Selasa lalu, lawannya itu berada di kelas tersendiri untuk keluar daripada zon penyingkiran selain ketiadaan Paulo Rangel juga dilihat menjadi antara punca utama kepada kekalahan dialami tuan rumah.
Penalti ubah corak
Penjaga gol ATM, Syed Adney Syed Hussein dilihat cukup tangkas mengemudi gawang pelawat dan ketajaman penyerang importnya, Juan Manuel Arostegui sepanjang saingan menjulang skuad The Gladiator.
Pasukan pelawat yang masih segar dengan kejayaan mengikat juara Piala FA, 2-2 pada perlawanan sebelum ini bertenaga memberikan saingan kepada tuan rumah dengan beberapa gerakan merbahaya berjaya diatur.
Walaupun skuad Red Giant turut beraksi baik, ATM lebih bernasib baik apabila minit ke-27, Arostegui tenang menyempurnakan penalti untuk menewaskan Farizal Marlias.
Sama seperti 45 minit pertama, babak kedua turut berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun ketangkasan benteng pertahanan dan penjaga gol menafikan untuk melihat tambahan gol dihasilkan.
Ketika Selangor menggandakan asakan memburu jaringan minit ke-63, Arostegui sekali lagi menggegar gawang Selangor sekali gus memberi igauan buruk buat tuan rumah dalam misi memburu kejuaraan liga