JOHOR BAHARU: Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima
rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung
Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan
oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada
kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur
103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih
kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.
"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.