Kemesraan mereka makin terserlah namun tiada kenyataan dari mulut mereka
mengatakan mereka sedang bercinta. Mungkin ungkapan teman tapi mesra
lebih tepat buat mereka berdua. Mereka yang dimaksudkan ialah Amar
Bahrin dan Izreen Azminda. Selepas bercerai dengan Muhammad Riza, Izreen
dikatakan rapat dengan Amar setelah mereka berdua disatukan dalam
sebuah drama.
Amar juga dikatakan punca penceraian Izreen dan bekas suaminya. Namun Amar menafikan dan menurut keduanya, mereka baik sebagai sahabat. Syawal baru ini, Amar dilihat telah berkunjung ke rumah Izreen di Kedah. Baik sungguh Amar kerana sanggup ke Kedah semata-mata mahu beraya bersama sahabatnya ini.
Rata-rata gambar yang dimuat turun di laman Instagram milik kedua pelakon ini, menyerlahkan kemesraan keduanya. Peminat juga seolah-olah merestui hubungan mereka. Jika sudah jodoh apa salahnya. Baik Amar mahupun Izreen pun masih single kan? Kalau kedua-duanya sudah suka, jangan tunggu lama! Perkahwinan terdahulu Izreen dikurniakan seorang cahayamata lelaki, Adrian Umar.