Shah Alam: Dia hanya mampu menggerakkan mata dan lidah kerana
kecacatan fizikal dialami sejak berusia dua bulan, namun tidak
menghalang pendakwah Islam tersohor Arab Saudi, Ammar Bugis untuk
menggapai kejayaan.
Meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU), namun kecekalan serta
daya ingatan istimewa dimiliki Ammar, 28, membolehkannya menghafal 30
juzuk al-Quran pada usia 13 tahun.
Malah, beliau dinobatkan sebagai mahasiswa terbaik ketika mengikuti
pengajian sarjana muda kewartawanan di Universiti Raja Abdul Aziz,
Jeddah.
“Ketika membesar saya ada dua pilihan, sama ada tinggal di rumah menunggu untuk mati atau teruskan kehidupan dan mencapai cita-cita. Akhirnya saya ambil pilihan kedua dan bertekad menewaskan kecacatan saya,” katanya yang menghidap penyakit Werdnig-Hoffman.

Kini Ammar bukan saja menjadi wartawan akhbar Ukaz di Arab Saudi, malah
pengulas sukan stesen televisyen serta pensyarah universiti di Emiriah
Arab Bersatu (UAE).