Kuala Lumpur: Seorang lelaki tergamak menetak ibu dan abangnya
selepas dia mengamuk dan cuba membunuh diri dengan membakar kediaman
mereka dalam kejadian di Taman Bukit Anggerik, Cheras, di sini, petang
semalam
Dalam kejadian jam 2.40 petang, suspek berusia 50 tahun dan bekerja
sebagai buruh kontrak membakar kediaman keluarganya menyebabkan berlaku
letupan di dalam rumah sebelum dia menyerang ibu dan abangnya berusia
80 dan 60-an.
Ketua Polis Daerah Cheras Senior Asisten Komisioner Mohan Singh Tara
Singh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan
bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek mengamuk serta
menetak mangsa dengan parang dan mengurung diri dalam sebuah bilik.
Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai suspek di bawah pengaruh dadah.