Bagan Serai: “Hancur hati saya apabila mengetahui suami mati dalam
keadaan memegang kunci dan ditemui di bawah meja kedai kami selepas
kebakaran itu,” kata Boon Poey Ling, isteri kepada ahli perniagaan, Tan
Kok Wei yang maut dalam kebakaran membabitkan rumah kedai tiga tingkat
di Jalan Siakap, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, Tan, 40, dipercayai mati akibat terhidu
asap tebal di tingkat bawah bangunan ketika cuba mengambil kunci pintu
belakang premis berkenaan untuk menyelamatkan keluarganya yang
terperangkap.
Bagaimanapun, Poey Ling, 37, ibu bapanya, Ong Faw Eng, 63, dan Tan Kow
Kiah, 64, serta dua anak mangsa, Tan Zing Yin, 5, dan Tan Zing Xi, 12,
diselamatkan anggota bomba dan penyelamat serta hanya cedera ringan.
Poey Ling, berkata suami langsung tidak mengendahkan amaran dia, malah sanggup meredah api untuk mengambil kunci pintu belakang kedai mereka.
Poey Ling, berkata suami langsung tidak mengendahkan amaran dia, malah sanggup meredah api untuk mengambil kunci pintu belakang kedai mereka.
Menurutnya, ketika kejadian, dia, suami bersama dua orang anak perempuan
serta dua mentuanya bergegas turun dari tingkat dua untuk menyelamatkan
diri selepas menyedari berlaku kebakaran di bawah bangunan.