Hugh Jackman Bakal Bekerja Bersama Afdlin Shauki?


Dengar macam hebat, kerana projek terbaru ini bakal membawa nama Malaysia sekali lagi ke peringkat antarabangsa. Pengarah Afdlin Shauki diaktakan bakal bekerjasama dengan pelakon Hollywood yang lebih terkenal dengan lakonannya sebagai Wolvarine dalam siri X-Men. Menurut sumber, pengarah ini akan ditugaskan mengarah disamping pengarah dari Hollywood iaitu Roger Christian untuk sebuah projek filem Sabah yang menceritakan tentang peristiwa hitam di Sabah ketika perang dunia kedua (World War II) atau ‘Sandakan Death Marches’.

Menurut laporan dari akhbar berbahasa Inggeris The Star, Hugh Jackman sudahpun ditawarkan untuk membawa watak utama filem ini, walaubagaimanapun masih menunggu kata putus daripada pihak produksi kerana mereka merancang, Festival Filem Cannes 2016 nanti untuk perlancaran filem ini.

Projek filem ini berada dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yang mana RM1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah dana FINAS sendiri.

Jika benarlah tawaran ini diterima oleh Hugh Jackman, bertuah sungguh Afdlin Shauki kerana terpilih untuk memikul tanggungjawab untuk terus berkarya walaupun satu ketika dulu merajuk dengan industri filem tempatan hingga pernah mengambil keputusan untuk enggan mengarah kembali.