Kuantan: “Dia curang,” kata seorang lelaki memberi keterangan ketika
perbicaraan anak lelakinya yang dituduh mencedera, mengugut serta
merosakkan kereta isteri keduanya (ibu tiri tertuduh) kepada Mahkamah
Majistret di sini, semalam.
Lelaki berkenaan yang tampil selepas diminta mahkamah memberi
keterangan berkata, anaknya, Muhammad Syaiful Fakhri M Sidi, 22,
bertindak demikian kerana mendakwa isteri keduanya itu curang.
Majistret Jessica Daimis kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500
terhadap Muhammad Syaiful Fakhri dari Ajil, Terengganu, selepas tertuduh
mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada ibu tirinya yang berusia 35 tahun di tepi Kolej Kejururawatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada jam 6.20 pagi, 23 Februari lalu, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dia dituduh
mengugut mangsa menggunakan sebatan rotan manakala pertuduhan ketiga,
didakwa menyebabkan kemek di bahagian hadapan bonet kereta PROTON Gen-2
milik mangsa menggunakan rotan.