Zul Ariffin & Ayda Bercinta?


Kedua-duanya berlakon bersama buat pertama kali dalam sebuah drama yang masih ditayangkan. Ia juga menjadi fenomena di laman sosial terutama Twitter. Peminat-peminat begitu menggemari watak yang dibawakan oleh Zul Ariffin dalam drama tersebut. Dilabelkan sebagai “Abang Sado”, sedikit sebanyak nama Zul kini lebih dikenali, ramai pula yang ingin mendekatinya.

Ayda Jebat yang seiras Wawa Zainal ini juga semakin popular kerana ramai yang tidak menyukai dengan watak yang dijayakan olehnya dalam drama itu. Ternyata watak itu berjaya dilakonkan oleh Ayda. Jika anda masih ingat, Ayda pernah menyertai Akademi Fantasia musim ke-9 dan menjadi peserta yang pertama yang tersingkir.

Melihat keserasian lakonan antara Zul dan Ayda, sebenarnya kedua-dua mereka dikatakan begitu susah untuk mendapatkan keserasian tersebut di awal pengambaran. Tetapi lama-kelamaan ia timbul dengan sendirinya sehinggakan mereka digosipkan bercinta. Jika kemesraan Zul bersama Ayda terserlah, Zul juga turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan Elfaeza Ul Haq. Namun Zul menafikan mempunyai hubungan dengan pelakon tersebut.

Umum mengetahui hubungan Zul dengan seorang penerbit filem. Zul mengakui perjalanan kariernya sangat baik buat masa ini tetapi tidak kisah peribadinya. Tertanya-tanya juga adakah hubungan kedua mereka bermasalah? Harap tidaklah begitu kerana mereka telah berkawan lama dan tahun ini juga Zul telah membawa penerbit itu pulang berhari raya di kampungnya. Jadi, tak mungkinlah Zul bercinta dengan co-star yang berlakon bersamanya itu. Mungkin cinta itu hanya di dalam set pengambaran untuk drama tersebut?