KUALA LUMPUR: Sekali lagi tekanan untuk menang gelaran utama di
pentas terbesar gagal digalas Datuk Lee Chong Wei dan dia turut gagal
memberi hadiah Hari Merdeka ke-57 untuk rakyat Malaysia.
Malam tadi, pemain nombor satu dunia tewas kepada Chen Long dari
China 21-19 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia
yang dramatik di Copenhagen.
Dalam perlawanan satu jam sembilan minit itu Chong Wei seperti
memberi sedikit harapan apabila bangkit dalam set kedua tapi lawannya
yang juga pilihan kedua, lebih bersedia bergelar juara pada edisi kali
ini.
Jelas badi kemenangan di kejohanan utama berterusan selepas layak tiga kali berturut-turut ke final sejak 2012.