KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air,
Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan
perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat
untuk berdamai.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit
untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila
masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika
dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri
persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.
Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut
Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang
disiarkan sisipan sebuah akhbar.