Lain dari yang lain! Itulah yang dapat digambarkan tatkala pertama kali
menyaksikan muzik video terbaru dari Noh Salleh yang berjudul 'Angin
Kencang'. Pada mulanya kebanyakkan peminat akan merasakan sedikit
janggal apabila keseluruhan muzik video tersebut telah diadakan di
Jepun.
Dek kerana terlalu meminati budaya adat ketimuran dari Jepun, sari kata lirik turut disediakan khas dalam bahasa tersebut khusus buat peminat yang berasal dari sana. Lagu 'Angin Kencang' ini sebenarnya telah dihasilkan sendiri oleh Noh Salleh termasuklah dari segi penyediaan lirik dan komposisi lagu. Lagu yang penuh penghayatan ini amat sesuai didengari khas buat pasangan yang sedang merindui diantara satu sama lain.
Menarik mengenai muzik video berdurasi selama 4:00 minit ini ianya memaparkan keindahan setempat di Jepun selain hidup bermasyarakat yang aman damai di sana. Tidak ketinggalan budaya Jepun yang amat menitikkan sikap hormat menghormati selain sikap disiplin yang amat dititik berat oleh mereka sejak kecil.
Lagu ini diinspirasikan daripada karya solo John Lennon. Noh sebenarnya telah mendapat ilham untuk membuat lagu ini ketika merindui isterinya Mizz Nina yang sedang sibuk pada ketika itu mempromosikan album melalui jelajahnya selama sebulan di Amerika Syarikat. Sebagai suami yang mahir dengan selok belok muzik dan pakar dalam bidang tersebut maka hasillah lirik yang sungguh indah.
“Angin kencang membawa kau,
Jauh ke sana,
Kau hilang terus tanpa khabar,
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu,
Ku merindui kamu” – Noh Salleh, 2014