Kuala Lumpur: Selepas mengharungi lima perlawanan persahabatan termasuk
terakhir menentang Pahang Rabu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
sudah bersedia menggegar saingan Piala Malaysia, bermula Rabu ini.
Pengendali pasukan, B Sathianathan berkata, pentas piala berprestij itu harus dijadikan medan kebangkitan kepada pemain The Gladiators selepas hampir terjerumus ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Secara keseluruhan saya puas hati dengan persembahan permainan pasukan
dalam lima perlawanan pemanas badan itu. Namun ada beberapa perkara
yang masih perlu diperbaiki menjelang pertemuan pembukaan Kumpulan C
menentang Pulau Pinang Rabu ini.
“Antaranya kelemahan yang dikenal pasti ialah pemain mudah hilang tumpuan terutama barisan pertahanan. Situasi ini digunakan sepenuhnya oleh pihak lawan untuk menjaringkan gol seperti yang berlaku dalam perlawanan dengan Pahang yang berkesudahan seri 2-2,” katanya semalam.
Sathianathan juga mengakui dia sudah mengenal pasti kesebelasan utama yang akan menyarung jersi ATM menentang pasukan Liga Perdana itu dan berharap mereka mampu meraih tiga mata di laman sendiri.
Perlekeh kemampuan
“Tiga mata pertama cukup penting, apa lagi beraksi di laman sendiri. Namun, saya tidak mahu pemain memperlekehkan kemampuan Pulau Pinang walaupun mereka beraksi di Liga Perdana. Semua pasukan termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan adalah pencabar kami,” katanya.