Zionis terpaksa akur tekanan antarabangsa gencatan senjata 72 jam
BANDARAYA GAZA: Tentera darat Israel berundur dari Semenanjung Gaza berikutan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas selama 3 hari anjuran Mesir semalam dengan tujuan menggalakkan rundingan seterusnya untuk menamatkan perang yang berlanjutan sejak sebulan lalu.
Bagaimanapun, tentera dan kereta kebal akan ditempatkan semula dalam kedudukan bertahan di luar Semenanjung Gaza dan rejim Zionis akan mengekalkan kedudukan itu, kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Peter Lerner.

Beberapa minit sebelum gencatan senjata bermula jam 8 pagi waktu
tempatan, pejuang Hamas melancarkan roket jarak jauh, menyifatkan ia
sebagai membalas dendam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera
Israel. Namun tiada kematian dilaporkan.
Cubaan oleh Mesir dan kuasa serantau lain, yang dipantau Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini, gagal meredakan pertempuran paling buruk antara Israel dan Palestin dalam masa dua tahun.
Pegawai Gaza berkata, keganasan Israel mengorbankan 1,843 penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam. Israel berkata 64 askarnya dan tiga orang awam terbunuh sejak pertempuran bermula 8 Julai lalu.
Israel dijangka menghantar delegasi untuk menyertai rundingan di Kaherah untuk mengukuhkan perjanjian jangka panjang ketika gencatan senjata itu berlangsung.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata pergerakan pejuang itu juga sudah memberitahu Mesir mengenai persetujuan mereka menerima tempoh bertenang selama 72 jam itu, bermula semalam.

Jabatan Negara Amerika memuji gencatan senjata berkenaan dan menggesa kedua-dua pihak menghormati perjanjian itu sepenuhnya. Jurucakapnya, Jen Psaki, sambil menambah Washington akan meneruskan usaha membantu kedua-dua pihak mencapai penyelesaian berlanjutan untuk jangka panjang.
Usaha mengukuhkan gencatan senjata kepada perjanjian kekal terbukti sukar.
Hamas menolak kewujudan Israel dan berikrar akan memusnahkan negara Yahudi itu.
Palestin juga menuntut ditamatkan sekatan Israel dan Mesir ke atas Gaza dan pembebasan tahanan termasuk yang ditahan Israel dalam operasi Jun lalu di Tebing Barat selepas tiga remaja Yahudi diculik dan dibunuh. - AFP