KUALALUMPUR: Selangor menggigit jari kecundang di gelanggang sendiri,
lewat malam ini apabila tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0
dalam aksi perlawanan Kumpulan D, Piala Malaysia.
PDRM mengesahkan kemenangan di Stadium Shah Alam dengan gol
menerusi sepakan penalti Ashfaq Ali pada minit ke-14 dan Chad Charles
Souza (M-68).
Namun, senario berbeza buat Perak dan Terengganu yang merakamkan
kemenangan buat menyalakan impian awal selepas menamatkan dua perlawanan
peringkat Kumpulan B.
Perak mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan Sarawak di Ipoh
menerusi gol ketua pasukan, Mohd Nasir Basharuddin pada minit ke-44 dan
Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-58.
Kemenangan itu bererti skuad bergelar The Bos Gaurus melonjak ke tangga teratas kumpulan dengan himpunan enam mata maksimum.
Terengganu kembali ceria selepas menewaskan tuan rumah, Kedah 3-2 di Stadium Darulaman .
Kekalahan kedua berturut-turut ini juga memalit kecewa kepada
Kedah pimpinan Tan Cheng Hoe dan menyukarkan laluan ke suku akhir, edisi
kali ini.
Gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke-8,
44 dan Mario Karlovic (m-73) manakala gol Kedah sumbangan Billy Osman
Mehmet (m-47) dan Baddrol Bakhtiar (m-60).
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, T-Team menewaskan Sime Darby 2-1 di Kuala Terengganu.
KEDUDUKAN
Kumpulan B
P M S K J B Mt
Perak 2 2 0 0 4 1 6
Terengganu 2 1 0 1 5 5 3
Sarawak 2 1 0 1 3 4 3
Kedah 2 0 0 2 3 5 0
Kumpulan D
P M S K J B Mt
PDRM 2 2 0 0 5 0 6
T-Team 2 1 0 1 3 3 3
Selangor 2 1 0 1 2 3 3
Sime Darby 2 0 0 1 1 5 0