COPENHAGEN:
Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 yang bermula
esok di Ballerup Super Arena, di sini menjadi medan terbaik Datuk Lee
Chong Wei meraih kejuaraan sulungnya sebelum bersara daripada arena
badminton.
Hampir kesemua kejuaraan sudah berada dalam kabinet kemenangan jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu melainkan tiga kejohanan - Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia - yang masih belum dimenanginya.
Peluang terbaik perseorangan lelaki nombor satu dunia itu meraih kejuaraan dunia hadir pada 2011 di London, England dan 2013 di Guangzhou, China namun impian berkenaan tidak kesampaian selepas disekat musuh tradisinya yang juga bekas pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China.
Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam aksi tiga set pada 2011 manakala dua tahun kemudian, kekejangan otot yang dialami ketika bertemu pemain yang sama pada set penentuan ketika permainan terikat 1-1, meleburkan harapannya bagi meraih kejuaraan dunia yang pertama.
Ketiadaan Lin Dan yang tidak layak beraksi tahun ini kerana berada di tangga tercorot ranking dunia, sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Chong Wei yang baru sahaja pulih daripada kecederaan pangkal paha dialaminya pada Kejohanan Siri Super Terbuka Indonesia, awal tahun ini.
Chong Wei yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan itu jelas tidak mahu terburu-buru dalam mengintai terus slot ke final, sebaliknya mahu memberikan fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.
Anak jati Pulau Pinang itu yang mula menyertai Kejohanan Dunia pada edisi 2005 di Amerika Syarikat turut mengakui walaupun laluan di atas kertas nampak mudah, beliau tidak akan memandang rendah setiap lawannya yang dianggap boleh melakar kejutan.
"Saya tidak beraksi hampir dua bulan dalam mana-mana kejohanan kompetitif berikutan kecederaan (pangkal paha) yang sama alami, jadi perlawanan peringkat awal adalah penting untuk saya mendapat rentak awal dalam kejohanan ini.
"Walaupun saya belum pulih sepenuhnya namun sasaran saya untuk memenangi kejuaraan dunia yang pertama tidak pernah berubah. Ini merupakan peluang terbaik saya dan saya akan berusaha untuk meraihnya," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita di venue kejohanan pada Sabtu.
Undian yang dijalankan pada 11 Ogos lepas di Kuala Lumpur jelas memperlihatkan sandaran utama negara itu tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir edisi ke-21 kejohanan itu.
Kejohanan Dunia: Peluang terbaik Chong Wei raih kejuaraanSekiranya mara ke suku akhir, beliau dijangka berdepan pilihan ke-12, Wang Zhengming dari China atau Kento Momota dari Jepun yang diundi selaku pilihan ke-13.
Berbanding Chong Wei, tiada banyak sandaran yang diletakkan kepada seorang lagi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 dengan semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England menantinya pada pusingan pertama.
Dalam pada itu, kehadiran semula Koo Kien Kiat yang keluar daripada persaraannya, baru-baru ini bagi membantu Tan Boon Heong dalam beregu lelaki turut menjadi persoalan mengenai kemampuan mereka yang saling bertukar pasangan sejak beberapa tahun lepas.
Beregu yang bersilih ganti pasangan itu pernah melangkah ke final pada edisi 2010 di Paris, Perancis namun kalah kepada bekas beregu nombor satu dunia dan juara Olimpik, Cai Yun/Fu Haifeng dari China.
Selain tiga pemain ini, cabaran Malaysia pada kejohanan ini turut disandarkan kepada 10 wakil negara yang lain.
Mereka ialah Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (beregu lelaki); Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru (perseorangan wanita); Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern, Lee Meng Yean/Lim Yin Loo dan Amelia Alicia Anscelly/Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.
Ini merupakan kali keempat Denmark dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Dunia selepas 1983, 1991 dan 1999.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi mana-mana gelaran dalam Kejohanan Badminton Dunia yang mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden. - BERNAMA